Hakcipta Terpelihara® | Fieyanhambaallah.blogspot.com |

Sabtu, 3 November 2012


Peringatan Untuk Kepada Semua Yang Akan Bergelar SI MATI !



Nasihat Kubur:
  1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang paling gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
  2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan hubungan SILATURAHIM.|
  3. Aku adalah tempat yang paling sunyi maka RAMAIkanlah aku dengan memperbanyakan bacaan AL-QUR'AN.
  4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang sangat menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
  5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
  6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit,maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
  7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...
"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)

Sabtu, 11 Februari 2012

Man Ana ?

Man Ana Video
Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
dalam sirah mereka yang terpilih imannya
Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya.

Selasa, 31 Januari 2012

TASAWUR TARBIYAH ISLAMIAH

Firman Allah s.w.t.. yang bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan” (Al-Maidah : 35 )

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyah ditegakkan. Tarbiyah merupakan segala usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah . Jesteru , ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan , pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan factor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.

Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyahan serta serta uslubnya yang pelbagai dalam Al-Quran. Rasulullah pula telah melaksanakan dasar-dasar pentarbiyahan ini dengan begitu berkesan . Dari pentarbiyahan tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.

MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Melahirkan Umat Muttaqin Yang Mempunyai Ta’alluq Billah Yang Kuat
Ini bermaksud tarbiyah Islamiyah bertujuan melhirkan satu generasi para du’at yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksud tarbiah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.

Melahirkan Insan Muttaqin Yang Menyerahkan Diri Sepenuhnya Kepada Allah
Tarbiyah Islamiyah adalah program melahirkan insane muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan keampunan dan syurgaNya. Mereka juga benci dan takut dilemparkan oleh Allah ke neraka Jahannam.

Melahirkan Para Mukmin Yang Menghayati Perjuangan
Mukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan. Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar . “ (Al-Hujurat : 15)

ELEMEN PENTING TARBIYYAH ISLAMIYYAH

1. Tauhidullah ( mengesakan Allah)
Ini mendorong tindakan bersifat tajarrud iaitu bersih dari sebarang ideology dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga berupaya menentukan unsure jahiliyyah dan menegakkan Islam atas keruntuhannya.

2. Nubuwwah ( berlandaskan apa yang dibawa oleh para Nabi )
Ia membezakannya dengan tarbiyah Jahiliyyah yang berlandaskan aqal semata-mata.

3. Al-Hasyr wal Jaza’ ( Hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan )
Tarbiyah Islamiyyah tidak meletakkan dunia sebagai matlamat akhir tetapi ia tidak memutuskan rantaian dunia dan akhirat.

RUANG LINGKUP TARBIYYAH

1. Tarbiyyah Aqliyah

Mendidik dan mengajar ahli supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan
Tuntutan kepada ahli :

a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan
b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu
c) mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa
d) berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan pandangan tersebut berlandaskan asas Islam.
e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal.
f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran ( pemikiran terbuka )

2. Tarbiyah Khuluqiyah (tingkah laku )

Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam tarbiyah Khuluqiyah yang harus diaplikasi oleh setiap ahli:

Sabar : sabar dengan apa jua keadaan tanpa cenderung kepada mana-mana sikap manusia (lihat surah Al-Imran: 200)
Thabat (tetap pendirian ) : Istiqamah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu jadikan baginda sebagai uswah hasanah.
Amal ( berwawasan ) : mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangan Islam.
Mencurahkan tenaga : Gigih dan berusaha dalam menegakkan jemaah. Tidak kedekut dalam menyumbangakan masa, harta, kebahagiaan keluarga hatta dirinya sendiri untuk jalan dakwah.

3. Tarbiyah Jihad

Tarbiyah jihad merangkumi iman, akhlak, ruh , usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi

-Kefahaman
-Akhlak
-Iman
-Persediaan roh
-Persediaan mental
-Persediaan jasad
-Persediaan keperluan ( instrument )

Kesimpulannya, tarbiyah jihad memerlukan kefahaman dan amal daripada asas-asas tarbiyah yang lain kerana tarbiyah jihad adalah praktikal kepda tarbiyah-tarbiyah yang lain.

4. Tarbiyah Ijtima’ie

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman , rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah dengan perjuangan yang sebenarnya.”

Perkara yang perlu dilaksanakan oleh ahli jemaah ialah :

Sebagai perubah masyarakat
Membuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua cara sekalipun, samada memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.
Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.


5. Tarbiyah Fizikal
Tarbiyah ini membawa matlamat :

-Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit.
-Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa.
-Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan.

6. Tarbiyah Siasah

Tarbiyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian kepada ideology kepada ketaatan kepada Allah s.w.t. Ia menitikberatkan perkara hokum, peraturan daulah , hubungan kerajaan dengan musuh , kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Jesteru gabungan antara tarbiyah siasah dan tarbiyah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisahan. Maka harus keatas ahli untuk :

-Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir dan munafik.
-Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skill pembinaan siasah Islamiyyah.
-Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-muslim yang lain menampilkan asas agama secara praktikal.
-Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat.
-Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.

TARBIYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH

Harakah Islamiyyah perlu menekankan aspek tarbiyah kerana tarbiyah merupakan perkara asas paling utama dan tulang belakang bagi sesebuah harakah Islamiyyah. Sesebuah Harakah Islamiyyah seharusnya mewujudkan unsur-unsur yang mampu mealhirkan ahli jemaah yang mempunyai sifat-sifat berikut:

-Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyah ummah.

-Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam yang didokong oleh Harakah Islamiyyah.

-Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata

-Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi’.

-Berpandangan jauh

-Menghayati tuntutan amal jama’ie.



UNSUR-UNSUR TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH

Manhaj tarbiyah merupakan perencanaan yang digunakan sesuatau harakah untuk dalam proses pentarbiyyahan ahlinya. Manhaj itu perlu merangkumi unsure-unsur berikut:

1. Marhalah Tarbiyyah

Hasan al-Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah tarbiyyah:
a) Marhalah Ta’arif : satu tahap pembersihan aqidah.
b) Marhalah Takwin : proses pembentukan rijal ad-da’wah.
c) Marhalah Tanfiz : memastikan ahli yang ditarbiyyah berkualiti dari sudut praktikalnya.

2. Tarbiyyah melalui murabbi

Peranan murabbi perlu untuk membimbing dan memerhatikan peningkatan ilmu dan kefahaman, pembentukan syakhsiyyah serta penerusan amal yang diredhai Allah.

3. Tadrij

Kaedah ini perlu dilaksanakan dalam tarbiyyah. Kemampuan menentukan tahap penekanan tarbiyyah ahli harakah perlu dimiliki oleh murabbi berdasarkan kawalan di setiap marhalah. Tidak semua ahli disamakan pengisian tarbiyyah sebaliknya berdasarkan pencapaian mereka pada setiap marhalah.

4. Tawazun

Keseimbangan tarbiyyah antara jasadiyyah dengan ruhiyyahamat perlu untuk mengelakkan terjadinya ahli yang terlalu memberi tumpuan kepada aspek tertentu sahaja.

KESIMPULAN
Kelemahan tarbiyyah menyebabkan kelemahan ummah. Sebuah harakah yang lemah menggambarkan kekuatan tarbiyyahnya